Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat
bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah
mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi
yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk
meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui
masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka
apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita
memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada
masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian
rupa.
3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan
saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap
sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu
menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan
YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala
gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah
tidak pernah surut.
4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap
yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah
penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya
semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia
akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang
mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya
menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal
erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri
kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati
hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita
yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah
melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah
yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.
6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang
ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi
wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih
yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang
membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan
kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari
dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal
erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan
orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri
sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka
sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap
doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
No comments:
Post a Comment