Hai..
pa habaq. Hari ni cek nak cerita sedikit.. bukan pa pun, nak bagi nasihat kat
hampa semua supaya banyak bersabaq dalam menghadapi ujian..
Kisah
ini berlaku pada seorang insan ini. dalam beberapa hari beliau telah menerima
beberapa ujian dari Allah. Mujurlah Allah dia masih menerima dengan hati yang
tenang. Nak dijadikan cerita, dia baru sahaja balik daripada sebuah tempat yang
istimewa. Hati dia sangat gembira kerana dapat bersama seseorang yang istimewa
baginya. Hati dia sangat gembira. Akan tetapi bila dia balik sahaja ke kampungg
halamannya, dia telah menerima satu ujian daripada Allah. Kakak kepada dia
telah berlanggar dengan sebuah kenderaan. Dia terpaksa menguruskan kakaknya
yang sakit ke hospital. Mujurlah tiada apa-apa yang teruk berlaku. Dia kembali
ke tempat pengajiannya untuk menghadapi peperiksaan. Walaupun dia masih
memikirkan kakaknya yang sakit, dia tetap meneruskan ulangkajinya. Beberapa hari
kemudian beliau menerima berita buruk daripada keluarganya. Kakaknya telang
dimasukkan ke wad kerana mengalami kesakitan akibat salur darah yang pecah. Fikiran
dia telah bercelaru. Beliau terpaksa menerangkan kepada teman istimewanya
kerana tidak dapat mengikutinya seperti apa yang dirancang. Manusia hanya mampu
merancang tetapi Allah yang menentukan. Dia terpaksa balik untuk menguruskan
adik-adiknya yang bersekolah. Pada malam itu dia tidak dapat mengulangkaji
pelajarannya kerana memikirkan masalah yang dihadapinya. Akan tetapi Allah
telah menenangkan hati dan perasaanya. Dengan berkat doa dan nasihat daripada
ibu temannya beliau boleh menumpukan semula ulangkajinya. Setelah tiba masa
untuk menjawab peperiksaan beliau menjawab soalan dengan secepat yang boleh
walaupun otaknya masih memikirkan masalah yang dihadapi. Selesai sahaja
menjawab peperiksaan dia bergegas pulang ke rumah. Dalam perjalanan dia
menerima satu lagi ujian. Tiba sahaja di suatu kawasan, hujan turun
rintik-rintik. Lama-kelamaan hujan menjadi lebat. Dia terpaksa meredah hujan
untuk pulang dengan segera sebelum hari menjadi gelap. Setibanya di rumah dia
mendapati rumahnya basah kerana atap bocor akibat hujan yang lebat. Dia tidur
lewat kerana mengeringkan buku adiknya yang basah. Tetapi dia tetap bersyukur
kerana dalam setiap ujian yang melanda, Allah tetap bersamanya dan membantunya
tenang dalam ujian....
Hampa
dah baca dah. Ingatlah bahawa setiap ujian yang Allah bagi pada kita ada sebab
dan ada penyelesaiannya. Jangan cepat putus asa. Sentiasalah berdoa agar
dipermudah dalam ujian yang dihadapi.
No comments:
Post a Comment